Seloka Guru-Guru 5Adil 2014 (SMKSAS)

Wahai kawan rakan taulan
Juga warga SMKSAS sekalian
Seloka bermadah kami sembahkan
Kisah guru-guru 5 Adil yang berwawasan

5Adil diajar guru yang berdedikasi
Semasa-masa setiap hari
Walaupun kami nakal sekali
Mereka tetap sabar dengan kerenah kami

En. Yusnizam nama diberi
Tak lain tak bukan inilah guru tingkatan kami
Tak lulus Add Maths matilah kami
Itulah subjek yang perlu kami kuasai

Ini dia guru kimia kami
Mengajar dengan tekun sekali
Orangnya tinggi dan cun sekali
Itulah Puan Sheena nama diberi

Mengajar BI tak pernah garang
Sebab dia seorang penyayang
Pn. Sibyl itulah gerangan
Dialah guru baik dan penyayang

Memegang jawatan PK Koko & Ketua Bidang
Pn. Naik & Pn. Premala nama diaorang
Mengajar Bio dan Sejarah mengikut jadual
Agar kami tidak menyesal

Cakap melayu petah orangnya
Subjek BM memang kegemarannya
Tak pernah lambat masuk kelas
Itulah Pn. Arul seorang yang tegas

Ustazah Hasni Zakaria nama penuh
Orangnya manis bertudung labuh
Mengajar Pend. Islam bersungguh-sungguh
Agar dapat result kami tak mengeluh

Pend. Moral tak kurang pentingnya
Pn.Chong adalah pengajarnya
Guru yang baik dialah juga
Komitmen pada tugas setiap masa

Mengajar Matematik boleh tahan orangnya
Subjek Fizik memang alirannya
Mendidik kami sudah tanggungjawabnya
Itulah Puan Rema nama orangnya

Mengajar PJ Puan Nadia namanya
En, Agilan pula sebagai patnernya
Aksi di padang wah hebatnya
Kami pula yang tak laratnya

Berlalu sudah mendidik kami
Sentiasa sabar dengan perangai kami
Kalau kami ada menyakitkan hati
Harap maaf dan ampunkanlah kami