Di Mana Kesetiaanmu?

Puas ku menatap langit biru,
Mencari- cari apa salahku,
Kau pergi dengan seribu alasan,
Yang menambahkan kekeliruan,
Puas menatap,
Puas berfikir,
Baru ku tahu,
Semuanya kerana nafsu jahatmu,
Kau pilih dia berbanding aku,
Karena dia punya segalanya,
Dia punya harta,
Tidak sepertiku,
Aku cuma manusia hina,
Sering ku terfikir,
Adakah kesetiaanmu terletak pada harta?
Jika begitu,
Aku bersyukur Allah pisahkan kita,
Semoga suatu tika nanti,
Kau sedar yang,
Langit dan bumi,
Punya taraf tersendiri.

faizah